Saturday, October 23, 2010

saya gembira DIA rumate saya:)

dia c0mel kan....manis je...dia lah rumet saya. semester 5 di USM sgt indah dan bahagia bg saya..huhu..saya dpt bilik yg selesa walau xbesar..dan saya dapat rumet yg giler2,1 kepala,febret pom sama...makan!makan!makan! dia yg masak kalau saya malas..dia bt lawak kalau saya tensi0n,dia bg semangat kalau saya d0wn...BAIKNYE dia..walau kita di negeri lain2(hahaha),walau kita dapat suami lain2 nt(hahaha),walau kita xmandi same dlm 1 blk air(hahaha) tp kita tetap ADIK-BERADIK kn....awak t0l0ng SAYANG saya spt saya SAYANG awak ek.....sampai mati kalau blh...huhuhu...( LUV U RUMET )

time ni....dalam kenangan;)>

masak ramai2,makan ramai2....wahh meriahnye..
suker sgt...simple tp nice.
yg penting ada budu..wajib..!!!
byk khasiat 2..hehe 
cmni laa gaya bdk2 duk hostel kn...kuakua

This is 0nde-0nde a.k.a kuih melaka...hehe

  • wah s0dapnya.....kalau nk tau ni la 0nde-onde...hehe..(bg org2 luar la yg xtau)..sedap ni....biasa bulan poser byk org jual kuih ni..ni kira mcm kuih tradisi jgk laa. kalau kt kelantan dan terengganu memang fam0us la kuih ni..nk belajar buat x? senang jer..hehe
  • bahan-bahan:
  • tepung pulut (ikut suka nk bt byk mana)
  • gula melaka
  • kelapa parut (nyor)
  • daun pandan
  • air
  • cara buat:
  • uli tepung pulut dgn sedikit air dan air daun pandan hingga jd doh,agak2 blh gentel..hehe. pas2 potong dadu gula melaka, gentel doh td jd bulat dan ltk sebiji gula melaka kt tgh2...gentel lg dan masukkn dalam air yg mendidih. bila dh naik atau terapung blh angkat dan gaulkn dalam kelapa parut yg telah dicampur sedikit garam..
  • DAH CIAP...SELAMAT MENCUBA YAA!!!!


Thursday, October 21, 2010

Nilai sebuah perkahwinan........semua ingin bahagia kn...

Perkahwinan merupakan suatu ketetapan oleh Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. Fungsi perkahwinan bukan hanya semata menyatukan dua jiwa untuk melayari bahtera yang dinamakan rumah tangga. Malahan perkahwinan lebih kepada suatu ibadah dan melaksanakan sesebuah perkahwinan memerlukan tanggungjawab kedua-dua pihak.

Terdapat banyak dalil al-Quran yang menerangkan kepentingan perkahwinan dalam kehidupan manusia. Antaranya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

“Dan di antara kekuasaan- Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Ini jelas menunjukkan perkahwinan adalah suatu ibadah yang seterusnya menghasilkan pelbagai perkara yang baik dalam kehidupan manusia. Di dalam perkahwinan terkandung nilai tanggungjawab, kasih sayang, silaturrahim, dan sebagainya. Sudah pasti sedari awal proses berkahwin, harus dilingkungi dengan nilai yang tidak membelakangkan syariat. Perkara-perkara sebegini yang akhirnya akan membentuk keluarga dan generasi yang akan meneruskan agenda agama dan negara.